Sejarah penubuhan
Rakan Sukarela Muda (RSM) diasaskan pada tahun 2010 oleh enam rakan sebaya yang berkongsi cita-cita sama: menaik taraf kualiti hidup komuniti setempat yng berdepan dengan kesusahan ekonomi dan kurang mendapatkan akses pendidikan.
Bermula dengan dana wang saku sendiri, enam pengasas ini menjalankan aktiviti pertama mereka - Projek untuk membersihkan kawasan sekolah daerah pendalaman secara percuma .
Walaupun telah menghadapi percubaan berat yang menghalang usaha mereka untuk merealisasikan impian mereka, kelab ini mula menarik perhatian banyak belia tempatan. RSM secara rasmi didaftarkan sebagai kelab sukarela dan berjaya mengumpul lebih daripada 30 orang sukarelawan aktif untuk mengendalikan bantuan bekalan asas sewaktu krisis.
Carta Organisasi
Pengerusi
- Menentukan Hala Tuju Strategik Kelab
- Memastikan keselamatan dan kebajikan ahli terpelihara
Barisan Penolong Kanan
Timbalan pengerusi
- Membantu dan menasihati pengerusi
- Menyelia unit-unit
Setiausaha
- Mengurus pentadbiran
- Mengurus komunikasi surat-menyurat
- Mengurus pendaftaran ahli / dokumen kelab
Bendahari
- Menguruskan akaun kewangan
- Menyediakan laporan perbelanjaan
- Mengutip dana / yuran
Alamat kami:
This content is blocked because it requires Google Maps cookies.
